Ini Adalah Treler Pertama Untuk Siri TV The Last of Us

Comic Con Experience sedang berlangsung di Brazil dan antara panel yang hadir adalah The Last of Us, dan di acara ini, HBO dan juga Naughty Dog telah berkongsi treler pertama untuk siri TV The Last of Us dan anda boleh tontonnya di bawah.

Sebelum ini, HBO yang berkongsi klip pendek dan juga treler acah yang lebih memfokuskan kepada adegan tertentu sahaja tanpa dialog, di dalam treler ini lakonan-lakonan setiap watak mula diperlihatkan dengan lebih jelas. Ia juga memperlihatkan beberapa adegan yang tiada di dalam permainan.

Antara watak yang diperlihatkan adalah Pedro Pascal sebagai Joel, Bella Ramsey sebagai Ellie, Anna Torv sebagai Tess, Gabriel Luna sebagai Tommy, Merle Dandridge sebagai Marlene, dan Nico Parker sebagai Sarah.

HBO sebelum ini juga telah berkongsi poster untuk watak-watak yang akan tiba di dalam siri ini.

Sohor Kini