Mechamato Movie akan ditayangkan secara rasmi pada 7 Disember ini, dengan tayangan lebih meluas pada 8 Disember 2022. Jika anda tidak sabar, Monsta melalui saluran Youtube mereka telah ‘belanja’ 10 minit pertama bagi filem tersebut.

Anda boleh tontonnya di bawah.

Di dalam 10 minit pertama ini, antara perkara penting yang diperlihatkan adalah bagaimana MechaBot yang dikejar oleh Grakakus jatuh ke bumi sebelum dia berjumpa dengan Amato.

Monsta sebelum ini telah mengatakan yang kos untuk menghasilkan siri TV Mechamato dan juga Mechamato Movie ini adalah RM30 juta dan menyasarkan kutipan yang sama untuk filem ini. Anda juga boleh baca ulasan kami; Ulasan Mechamato Movie – Penuh Aksi, Penuh Isi.

Sohor Kini