Ubisoft akhirnya melancarkan DLC terakhir untuk Assassin’s Creed Valhalla iaitu “The Last Chapter” seperti yang diumumkan pada bulan September lepas yang akan menjadi penutup untuk permainan yang dikeluarkan sejak tahun 2020.

DLC ini akan membawa pengakhiran untuk kisah Eivor dengan dia akan berjumpa dengan pelbagai watak sejarah, rakan lama dan juga penjahat untuk merumuskan penceritaan bagi permainan ini. Eivor juga akan berjumpa dengan Roshan dari Assassin’s Creed Mirage.

Selain itu, Ubisoft juga telah mengumumkan yang pemain boleh mencuba Assassin’s Creed Valhalla secara percuma bermula pada 15 Disember sehingga 19 Disember dan pada 6 Disember, permainan ini akan menerima kandungan berdasarkan Destiny 2.

Assassin’s Creed Valhalla sudah dilancarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC. Anda boleh baca ulasan kami melalui pautan ini; Ulasan Assassin’s Creed Valhalla – Permainan Dunia Terbuka Yang Luas Tetapi Terlalu Banyak Pepijat.

Sohor Kini