Treler The Mandalorian musim ketiga dipertontonkan pada September lepas. Ia memperlihatkan Din bertemu dengan Bo-Katan untuk kembali menjadi The Mandalorian secara rasmi. Namun dengan beliau yang memiliki Dark Saber dan Bo-Katan yang memerlukannya untuk mengetuai Mandalore – mereka akan menjadi musuh.
Grogu turut dilihat ceria kembali bersama ‘ayah’ beliau dengan pelbagai pengembaraan. Terkini, Twitter rasmi Star Wars mendedahkan tarikh siaran The Mandalorian di Disney+.
The Mandalorian musim ketiga akan disiarkan pada 1 Mac 2023 nanti di Disney+ dan di Malaysia melalui Disney+ Hotstar. Din Djarin dikatakan akan menerima balasan kerana mendedahkan identiti beliau dan musim ketiga ini dijangka lebih besar dan dahsyat dengan banyak perlawanan di angkasa lepas dan lebih ramai The Mandalorian terlibat.