Capcom telah mengumumkan yang Monster Hunter Rise iaitu permainan terbaru untuk siri Monster Hunter akan dikeluarkan pada 20 Januari 2023 untuk PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series, dan Xbox One. Ia juga akan disertakan di dalam Game Pass untuk Xbox dan juga PC pada tarikh yang sama.

Bagi versi untuk PlayStation 5 dan Xbox Series, ia akan menyertakan sokongan resolusi 4K dengan kadar kelancaran 60FPS ataupun 1080p dengan kadar kelancaran 120FPS. Selain itu, ia juga akan menyokong 3D Audio, dengan sokongan di Xbox One akan tiba lebih lewat. Khusus untuk PS5, ia juga menyokong picu penyesuai.

Monster Hunter Rise sebelum ini sudah dikeluarkan untuk Nintendo Switch dan PC.

Sohor Kini