Paramount Pictures hari ini telah berkongsi treler acah untuk filem terbaru berdasarkan Transformers iaitu Transformers: Rise of the Beasts dan anda boleh tonton treler tersebut di bawah.

Seperti diumumkan sebelum ini, Transformers Rise of the Beasts akan menjadi permulaan trilogi baharu untuk siri filem ini dengan ia memfokuskan kepada Beast Wars. Di dalam treler diperlihatkan Optimus Prime berjumpa dengan Optimus Primal yang merupakan transformer di dalam bentuk gorila dan ketua kepada Maximals (transformers-transformers berbentuk binatang).

Diperlihatkan juga dua watak manusia iaitu Noah lakonan Anthony Ramos dan Elena lakonan Dominique Fishback yang akan membantu Autobot serta Maximals untuk melawan satu kuasa jahat. Sebelum ini turut diumumkan yang Michelle Yeoh akan menjadi pelakon suara untuk Airazor iaitu Maximal yang boleh menjadi burung dan juga Pete Davidson yang menjadi pelakon suara Mirage iaitu perisik untuk Autobot.

Transformers: Rise of the Beasts akan ditayangkan pada 9 Jun 2023.

Sohor Kini