Ketika acara Disney Content Showcase sebelum ini kami sudah berkesempatan untuk tonton treler terbaru bagi filem MCU seterusnya iaitu Guardians of the Galaxy Volume 3, dan hari ini, Marvel serta Disney telah berkongsi secara rasmi treler tersebut dan anda boleh tontonnya di bawah.

Treler ini antaranya memperlihat kembalinya Gamora dan fokus utama adalah mengenai Rocket Racoon di mana diperlihatkan Rocket semasa dia kecil, dan pasukan Guardians juga berada di dalam satu tempat yang kelihatan seperti penjara/makmal. Seperti kita sedia maklum, Rocket pada waktu kecil merupakan sebahagian daripada ujikaji kejam yang menjadikannya bukan sekadar rakun biasa.

Marvel Studios’ Guardians of the Galaxy Volume 3 akan mula ditayangkan pada 5 Mei 2023.

Sohor Kini