Apex Legends Mobile iaitu permainan versi peranti pintar untuk permainan battle royale oleh Respawn Entertainment dan EA telah dipilih sebagai permainan terbaik untuk iPhone oleh Apple App Store, dan kini Google juga telah mengumumkan ia juga merupakan permainan terbaik di Play Store.

Menurut Google, Apex Legends Mobile sejak dilancarkan terus berada di kedudukan 10 teratas untuk permainan popular di gedung aplikasi tersebut. Apex Legends Mobile juga dipilih oleh pengguna sebagai permainan terbaik untuk tahun ini.

Selain itu, Google juga mengumumkan permainan terbaik untuk beberapa kategori lain seperti berikut;

  • Permainan Multi-pemain Terbaik: Dislyte
  • Permainan Kasual Terbaik: Angry Birds Journey
  • Permainan Indie Terbaik: Dicey Dungeons
  • Permainan Penceritaan Terbaik: Papers, Please
  • Permainan Berterusan Terbaik: Genshin Impact
  • Permainan Di Play Pass Terbaik: Very Little Nightmare
  • Permainan Tablet Terbaik: Tower of Fantasy
  • Permainan Chromebook Terbaik: Roblox

Tahniah kami ucapkan kepada semua pemenang.

Sohor Kini