HBO Kongsi Poster Watak Untuk Siri The Last of Us

HBO hari ini telah berkongsi beberapa poster yang memperlihatkan watak-watak yang akan tiba di dalam siri aksi nyata untuk The Last of Us, iaitu permainan video oleh Naughty Dog di bawah PlayStation Studios.

Antara yang dikongsi adalah Joel dan Ellie sebagai dua watak utama, bersama dengan Sarah iaitu anak kepada Joel, Tess rakan kepada Joel, Riley rakan kepada Ellie dan juga Tommy yang merupakan adik kandung kepada Joel.

Sebelum ini telah diumumkan yang siri The Last of Us ini akan memfokuskan kepada permainan pertama, walaupun akan mengikut kebanyakan bahagian daripada permainan, mereka juga akan menyertakan tambahan adegan untuk memberi penambahan dari segi perkembangan watak.

Sebelum ini turut diumumkan yang Troy Baker dan juga Ashley Johnson yang merupakan pelakon suara untuk watak Joel dan Ellie di dalam permainan video akan membawa watak berlainan di dalam filem ini, tetapi buat masa ini tidak diumumkan lagi.

Siaran untuk The Last of Us akan bermula pada 16 Januari 2023 di HBO dan HBO Go. Anda boleh lihat di bawah untuk poster-poster yang dikongsi.

Sohor Kini