Kejohanan PUBG Mobile Global Championship telah berlangsung sejak 10 November lepas yang memperlihatkan bermulanya Peringkat Kumpulan. Di dalam peringkat liga ini, 48 pasukan dari serata dunia dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu Red, Green dan Yellow.

Terdapat tiga pasukan yang mewakili Malaysia iaitu Geek Fam, 4Rivals dan juga Yoodo Alliance di mana setiap daripada mereka berada di kumpulan-kumpulan yang berlainan.

Geek Fam telah menjadi pasukan dengan prestasi terbaik di peringkat kumpulan apabila menjuarai kumpulan Yellow dengan markah 292. Manakala 4 Rivals berada di tempat ke-8 untuk kumpulan Red dengan markah 176. Yoodo Alliance pula hanya sekadar mendapat 99 markah untuk berada di tempat ke-15 bagi kumpulan Green.

Dengan prestasi tersebut, Geek Fam telah mendapat slot secara terus untuk ke peringkat akhir, manakala 4 Rivals akan melalui Peringkat Survival untuk menjadi 16 pasukan ke peringkat Last Chance dan merebut 5 slot ke peringkat akhir. Manakala Yoodo Alliance terpaksa menamatkan kejohanan mereka di peringkat kumpulan.

Bersama dengan Geek Fam, 10 pasukan lain yang sudah menempah tiket ke peringkat akhir adalah Buriram United Esports, Influence Chemin Esports, S2G Esports, Godlike Stalwart, Nova Esports, Fire Flux Esports, 4AM, Trained to Kill dan juga Team SMG serta Alter Ego LIMAX yang mendapat jemputan terus melalui pencapaian mereka sepanjang musim ini.

Buat masa ini, perlawanan untuk Peringkat Survival masih berlangsung dan akan tamat pada 2 Disember dengan Peringkat Last Chance akan berakhir pada 4 Disember. Peringkat Akhir pula akan berlangsung pada tahun depan iaitu pada 6 Januari sehingga 8 Januari di Jakarta, Indonesia.

Sohor Kini