Walaupun kita sudah memasuki bulan Disember, akan tetapi Steam baru sahaja berkongsi senarai permainan yang menjana pendapat tertinggi di gedung permainan tersebut sepanjang bulan Oktober lepas. Senarai ini hanya menyertakan permainan yang dikeluarkan pada bulan tersebut, dan mengambil kira jumlah pendapatan dalam masa 2 minggu ia dilancarkan.

Tidak mengejutkan antara yang tersenarai adalah Call of Duty Modern Warfare II yang sebelum ini telah diumumkan memecah pelbagai rekod di dalam francais tersebut. Selain itu terdapat beberapa lagi permainan ternama lain seperti Gotham Knights, Persona 5 Royal yang buat pertama kali di platform selain PlayStation, A Plagutale Reuiem, dan Uncharted Legacy of Thieves Collection.

Tower of Fantasy walaupun dikeluarkan sebagai permainan percuma tetapi turut tersenarai melalui pendapatan daripada pembelian di dalam permainan.

Berikut adalah senarai 20 permainan tetapi tidak disusun mengikut sebarang aturan;

  • Cosmoteer
  • PGA Tour 2k23
  • Potionomics
  • Torchlight: Infinite
  • Vampire Survivors
  • Mount & Blade II Bannerlord
  • Call of Duty: Modern Warfare II
  • Gotham Knights
  • Dragonball The Breakers
  • Persona 5 Royal
  • Victoria 3
  • Undecember
  • A Plague Tale: Reuiem
  • Tower of Fantasy
  • Scorn
  • Uncharted Legacy of Thieves Collection
  • Marauders
  • Star Ocean The Divine Force
  • Coral Island
  • Stranded: Alien Dawn
  • Madison

Selain senarai di atas, Steam juga membahagikan senarai kepada beberapa kategori seperti permainan percuma, permainan Remastered, dan juga pembangun yang melancarkan permainan buat pertama kali di Steam. Anda boleh lihat kategori-kategori ini dan juga senarai penuh di laman Steam.

Sohor Kini