Samsung Malaysia hari ini telah melancarkan generasi baharu untuk penawaran kad SSD mereka iaitu 990 PRO yang menggunakan antaramuka PCIe 4.0. Mereka mengatakan kad SSD ini adalah sesuai untuk penggunaan kreatif dan juga bermain permainan video.

Kami sendiri telah menguji kad ini di PlayStation 5 dan anda boleh baca di pautan ini – Prestasi SSD Samsung 990 PRO Di PlayStation 5 – Lebih Baik Berbanding Storan Dalaman.

Dengan teknologi V-NAND terbaru, 990 PRO menawarkan kelajuan membaca data sehingga 7,450 MB/s dan 6,900 MB/s untuk kadar kelajuan penulisan data. Bagi yang pernah menggunakan siri 980 PRO sebelum ini, 990 PRO menawarkan peningkatan prestasi sehingga 55%.

Buat masa ini, Samsung Malaysia tidak berkongsi harga untuk SSD ini namun berdasarkan Amanz, ia dijual dengan harga RM1099 untuk 1TB dijual pada harga bermula RM1099 dan RM1899 untuk versi 2TB. Kami akan kemaskini apabila menerima harga rasmi.

Sohor Kini