Illumination dan Nintendo Pictures hari ini telah berkongsi treler baharu untuk filem The Super Mario Bros. Movie yang memperlihatkan lebih banyak dialog untuk Chris Pratt sebagai Mario (masih tidak meyakinkan) dan juga beberapa kejutan yang lain.

Anda boleh tonton treler tersebut di bawah.

Selain memperlihatkan fokus utama untuk filem ini iaitu Mario bersama dengan Peach dan juga watak-watak lain berusaha untuk melawan Bowser, ia juga memperlihatkan Donkey Kong yang tampaknya berlawan dengan Mario, Luigi, dan juga Mario Kart bersama dengan litar popular Rainbow Road.

The Super Mario Bros. Movie akan ditayangkan pada 7 April 2023.

Sohor Kini