Moonton telah mengumumkan yang pendaftaran untuk menyertai Mobile Legends: Bang Bang Professional League telah dibuka sehingga 11 Disember 2022 bagi pasukan-pasukan tempatan yang ingin menyertai kejohanan ini.

Bagi pasukan yang berjaya melakukan pendaftaran, pusingan kelayakan akan bermula pada 16 Disember dan akan berlangsung selama dua hari sehingga 18 Disember. Dengan setiap perlawanan akan dipertontonkan di Youtube dan juga Facebook untuk Mobile Legends.

Dua pasukan terbaik dari pusingan kelayakan ini akan menyertai lapan pasukan yang telah dijemput terus untuk ke peringkat akhir.

Pada tahun lepas, Team HAQ menjadi juara selepas mengalahkan dengan skor 4-2 di mana perlawanan tersebut telah menerima 232 ribu penonton serentak tertinggi dan juga 3000 yang menonton secara luar talian.

Sohor Kini