Streamline Umum Sheloman Byrd Sebagai Ketua Pegawai Operasi Baharu

Streamline Media Group (Streamline) telah mengumumkan pelantikan Sheloman Byrd sebagai Ketua Pegawai Operasi baharu mereka.

Sheloman sebelum ini merupakan penerbit eksekutif di Warner Bros Discovery, selama tiga tahun dengan permainan terbaru yang dilancarkan bawah seliaan beliau adalah MultiVersus. Sebelum itu, Byrd juga pernah bersama dengan Tencent selama 8 tahun, Gamepot USA, Nexon America, Sony, dan juga Upper Deck.

Byrd akan menyertai Alexander Fernandez iaitu Ketua Pegawai Eksekutif yang juga pengasas bersama dan juga Bo Kjagaard-Jensen iaitu Ketua Pegawai Kewangan.

Sohor Kini