Civilization: Reign of Power Dilancarkan Untuk iOS Dan Android

Nexon dan 2K Games hari ini telah melancarkan permainan mudah alih baharu mereka iaitu Civilization: Reign of Power. Ia merupakan permainan MMOSLG berdasarkan IP Civilization.

Di dalam permainan ini, pemain boleh memilih pelbagai tamadun yang setiapnya mempunyai pemimpin tersendiri, antaranya adalah Gandhi (India), Ramesses II (Egypt), Catherine (Russia), Napoleon (Perancis), Alexander (Greece), Elizabeth (England), dan Suleiman (Ottoman Empire).

Ia adalah permainan seperti Civilization dengan pemain akan membina sebuah negara tetapi juga disertakan elemen MMO seperti membentuk kerjasama, PvP dan juga kandungan tambahan dari semasa ke semasa.

Civilization: Reign of Power dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini