Ubisoft hari ini telah mengumumkan yang The Settlers: New Allies akan dikeluarkan pada 17 Februari 2023 untuk PC. Ia akan ditawarkan melalui Ubisoft Connect dan juga Epic Games Store. Permainan ini juga dibangunkan untuk PlayStation, Xbox dan Nintendo Switch.

The Settlers: New Allies adalah permainan olahan semula bagi siri ini yang membawa tatamain yang berbeza berbanding siri-siri sebelum ini. Dibangunkan oleh Ubisoft Dusseldorf, ia sepatutnya tiba pada tahun 2019 lagi, tetapi ditunda ke tahun 2022 sebelum ditunda tanpa tarikh baharu.

Mereka mengatakan yang penundaan tersebut adalah untuk menjadikan permainan ini lebih ringkas berbanding sekadar satu permainan olahan semula.

Di dalam New Allies ini, ia akan menyertakan tiga mod permainan iaitu Kempen Solo, Hardcore Mode dan juga Skirmish membolehkan pemain untuk melawan AI, ataupun pemain lain sehingga 8 pemain di 12 peta yang boleh dipilih.

Perkongsian lanjut mengenai The Settlers New Allies ini akan dilakukan pada 1 Disember 2022 di saluran Twitch Ubisoft.

Sohor Kini