HoYoverse telah mengumumkan yang kemaskini seterusnya untuk Genshin Impact, iaitu versi 3.3 akan dikeluarkan secara rasmi pada 7 Disember 2022. Kemaskini yang menggunakan judul “All Senses Clear, All Existence Void” ini antaranya menyertakan dua watak baharu bersama dengan penceritaan dan juga mod permainan kad yang diumumkan sebelum ini.

Selepas berakhirnya penceritaan Nahida pada kemaskini yang lepas dan Scaramouche yang di dalam penjagaan Nahida telah menjadi watak baharu iaitu Wanderer. Bersama dengannya traveler akan pergi ke Irminsul untuk penceritaan seterusnya.

Wanderer juga adalah watak lima-bintang baharu yang mempunyai elemen Anemo dan menggunakan catalyst. Wanderer mempunyai kebolehan untuk berlegar di udara dan juga melakukan serangan, dan menjadi lebih kuat apabila digabungkan dengan elemen lain.

Satu lagi watak baharu adalah Faruzan yang merupakan watak empat-bintang. Dia merupakan pelajar di Akademiya, dia merupakan pengguna panah dengan mempunyai elemen Anemo. Faruzan memberikan tambahan serangan Anemo dan juga mengurangkan ketahanan Anemo kepada penjahat.

Wanderer akan ditawarkan bersama dengan banner Arataki Itto apabila versi 3.3 bermula dan pertengahan kemaskini ini akan memperlihatkan Raiden Shogun dan Kamisato Ayato kembali dengan banner tersendiri.

Manakala bagi mod permainan baharu iaitu Invokation TCG iaitu permainan kad yang menggunakan pelbagai elemen daripada Genshin Impact akan disertakan. Ia membolehkan pemain untuk melawan dengan NPC ataupun dengan pemain lain. Pemain boleh dapatkan kad dengan terus bermain termasuk juga mendapatkan hiasan di kedai khusus.

Antara acara masa terhad yang akan tiba adalah “Akitsu Kimodameshi” di mana Traveler akan bertemu dengan Arataki Itto. Selain itu “Across the Wilderness” dan “Windtrace” yang akan tiba sepanjang versi 3.3 ini berlangsung.

Genshin Impact sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, PC, iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini