Idea Parodi Harry Potter Weird Al Ditolak Oleh Warner Bros.

Weird Al Yankovic adalah seorang penyanyi yang terkenal dengan pelbagai jenis lagu-lagu parodi bersama video muzik lucu. Beliau juga adalah seorang pelakon yang kerap berlakon sebagai diri sendiri dalam pelbagai filem dan siri TV.

Baru-baru ini, Weird Al telah mempunyai filem biografi komedi tersendiri iaitu Weird: The Al Yankovic Story. Ia adalah satu komedi mengenai parodi hidup beliau dengan Weird Al dilakonkan oleh Daniel Radcliffe. Terkini, beliau berkongsi yang sebuah idea parodi telah ditolak oleh Warner Bros.

Idea parodi ini adalah lagu tema Hedwig dalam francais filem Harry Potter. Sehingga hari ini beliau masih belum ada lagu parodi untuk lagu tema Harry Potter, berbeza dengan Star Wars melalui Gangsta’s Paradise.

Hanya selepas ditolak Warner Bros. beliau pelajari yang lagu parodi patut terus diterbitkan sahaja dan minta maaf kemudian. Dalam sidang media, Weird Al dan Daniel Radcliffe bergurau dengan menyatakan filem Weird inilah parodi kepada Harry Potter.

Sohor Kini