Free Fire World Series 2022 Bermula Hari ini – Berlangsung Di Bangkok

Garena telah mengumumkan yang kejohanan terbesar untuk permainan battle royale mereka iaitu Free Fire World Series (FFWS) 2022 akan bermula hari ini dan berlangsung sehingga 26 November yang akan berlaku di Bangkok, Thailand.

Kejohanan ini akan dibahagikan kepada dua peringkat iaitu Play-ins yang akan memperlihatkan 9 pasukan bertempur untuk merebut 4 slot ke peringkat Akhir. Di peringkat akhir bersama dengan 4 pasukan dari Play-ins, 8 pasukan dijemput terus.

9 pasukan untuk Play-ins adalah Magic Squad dari Brazil, Naguara Team dari Argentina, Infinity XV dari Algeria, Team Hotshot dari Pakistan, EVOS Phoenix dari Thailand, Team Flash dari Vietnam, Expand dari malaysia, RRQ Kazu dari Indonesia dan LGDS dari Taiwan.

Manakala 8 pasukan yang terus ke peringkat akhir adalah Keyd Stars dari Brazil, Ignis Esports dari Mexico, Vasto Mundo dari Portugal, Alpha dari Algeria, Nigma Galaxy dari Thailand, HQ Esports dari Vietnam, AV Radicals dari Filipina, dan Saudara e-Sports dari Indonesia.

Anda boleh layari laman-laman rasmi Free Fire untuk mengikut kejohanan ini secara langsung. Free Fire sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini