Peringkat Playoffs Liga eMAS Bermula Hari Ini Di Quill City Mall

Malaysia eSports Federations (MESF) telah menganjurkan kejohanan baharu untuk pemain-pemain esukan tempatan – Liga eMas yang akan mempertandingkan empat permainan iaitu Mobile Legends Bang Bang, PUBG Mobile, Valorant dan juga FIFA Online 4.

Kejohanan ini telah berlangsung sejak September lepas untuk peringkat kelayakan dan kini ia telah memasuki ke peringkat seterusnya iaitu Playoffs. Pusingan ini akan melibatkan empat finalis untuk Mobile Legends: Bang Bang, Valorant dan FIFA Online 4 manakala untuk PUBG Mobile, 16 pasukan di peringkat akhir.

Mereka akan bertanding untuk merebut hadiah terkumpul RM80 ribu.

Peringkat Playoffs ini berlangsung bermula pada 25 November sehingga 27 November 2022 di EBN Esports Arena, Quill City Mall KL.

Sohor Kini