TGV Acah Akan Tayang Siaran Langsung The Game Awards Di IMAX

Semasa The Game Awards diumumkan untuk tahun ini, antara pembaharuan yang dibawa adalah ia akan menerima “Pengalaman IMAX”, namun semasa pengumuman ia adalah terhad di Amerika Syarikat, Kanada dan beberapa negara lain tidak termasuk Malaysia.

Minggu ini TGV telah berkongsi satu ciapan yang memperlihatkan gambar trofi untuk acara anugerah tersebut dengan tagar #IMAXLive mengacahkan yang mereka akan turut menawarkan pengalaman yang sama untuk penonton di Malaysia.

Pengumuman lanjut mengenai penawaran ini tidak dilakukan lagi dengan TGV sekadar mengatakan “STAY TUNED”. Anda boleh lihat senarai pencalonan untuk The Game Awards di pautan ini.

The Game Awards akan berlangsung pada 9 Disember 2022.

Sohor Kini