Postknight 2 bakal menyambut ulang tahun pertama permainan tersebut pada bulan depan, pembangun Kurechii telah mengumumkan pelbagai kandungan akan tiba untuk menyambut ulang tahun tersebut bersama dengan 1.4 juta pemain.
Sambutan ini akan disertakan dengan pelbagai acara di dalam permainan dan juga ganjaran sepanjang bulan ulang tahun ini dan bermula pada hari ini. Sambutan ini akan berakhir dengan kembalinya acara Wintertide yang akan berlangsung bermula pada 13 Disember 2022 sehingga 3 Januari 2023.
Mereka juga telah mengumumkan perancangan untuk kandungan bagi tahun 2023 dengan dua penceritaan baharu akan disertakan, fungsi dalam talian baharu dan juga tambahan pilihan bahasa.
Episod kedua untuk siri animasi pendek Postknight Tales: Uncommon Cassie juga akan dikeluarkan pada 2 Disember 2022 degan video acah boleh ditonton di bawah dan episod pertama di pautan ini.
Postknight 2 sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.