Ikon Bola Sepak Malaysia Bermain Mobile Legends 25 November Ini

Moonton telah menganjurkan perlawanan istimewa untuk Mobile Legends: Bang Bang bersempena dengan kejohanan piala dunia dengan melibatkan ikon bola sepak Malaysia seperti Safee Sali dan Khairul Fahmi.

Di dalam kejohanan ini, Safee Sali dan Khairul Fahmi bersama dengan pemain profesional seperti Moon dari Todak, Xorn dari Team SMG, Izanami Team RSG serta Garyv dari Team Haq dan juga bersama dengan pencipta kandungan seperti Intan Serah, Aiman Laphel dan XK Penjahat.

Kejohanan ini akan diperlihatkan pada 25 November di saluran Youtube Mobile Legends dengan video dibelakang tabir akan dikongsi pada 27 November 2022.

Selain itu, Mobile Legends juga akan menganjurkan “Pesta Bola Sepak Bersama MLBB” dengan acara menonton piala dunia beramai-ramai di Rasta TTDI, Kilang Kitchen dan The H Hartamas. Semasa acara ini, pelbagai hadiah juga akan ditawarkan.

Ini juga adalah bersama dengan permainan tersebut menerima kandungan berdasarkan pemain bola sepak terkenal iaitu Neymar yang sudah bermula sejak 19 November lepas lagi.

Mobile Legends: Bang Bang sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini