Melalui PUBG Mobile versi 2.3, mereka telah mengumumkan akan menyertakan pelbagai kandungan berdasarkan bola sepak termasuk juga kandungan-kandungan Lionel Messi. Hari ini mereka juga telah mengumumkan yang akan menerima 20 barangan kosmestik berkait dengan pemain bola sepak Argentina tersebut.
Antara kandungan yang akan tiba adalah kostum “Captain Messi” bersama dengan aksesori seperti ornaments, payung terjun, periuk dan pelbagai lagi. Dua koleksi yang tiba adalah “Messi Football Icon” dan Messi Super Legend”.
PUBG Mobile dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.