CD Projekt Red sebelum ini telah mengumumkan yang The Witcher 3: Wild Hunt akan menerima versi khusus untuk PlayStation 5 dan juga Xbox Series pada 14 Disember 2022 ini. Versi ini juga akan ditawarkan untuk PC.

Minggu ini, mereka telah berkongsi lanjut mengenai segala penambah-baikkan yang akan disertakan. Antaranya adalah visual yang dipertingkatkan seperti sokongan Ray Tracing dan DLSS 3. Ia juga akan menyertakan mod foto bersama dengan pilihan-pilihan kamera yang berbeza mengikut aktiviti.

Mereka juga mengatakan yang beberapa mod popular untuk permainan tersebut akan disertakan secara terus di dalam versi ini bersama dengan membaiki masalah-masalah untuk Quest seperti Ofier’s Distant Shores, dan Scavenger Hunt: Wolf School Gear.

Ia juga akan menyokong fungsi rentas kemajuan dengan anda boleh bermain The Witcher 3 di mana-mana platform dan menyambungnya di platform yang lain. Kemaskini ini ditawarkan sebagai naik taraf percuma untuk yang sudah memiliki permainan ini di semua platform.

Sohor Kini