Sony Interactive Entertainment telah mengumumkan yang God of War Ragnarok telah terjual sebanyak 5.1 juta unit bagi minggu pertama pelancaran permainan tersebut. Jumlah jualan ini adalah setakat 13 November dan boleh dijangkakan ia lebih tinggi sekarang.

Jumlah tersebut juga telah memecah pelbagai rekod antaranya ia adalah permainan terlaris untuk permainan pihak pertama oleh SIE dan ia juga permainan terlaris di dalam siri God of War. Permainan yang menjadi permulaan semula siri God of War yang dikeluarkan pada tahun 2018 mengambil masa sebelum untuk mencatat jualan 5 juta unit.

God of War Ragnarok sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4 dan PlayStation 5. Anda boleh baca ulasan kami di pautan berikut; Ulasan God of War: Ragnarok – Permainan Epik Penuh Jiwa.

Sohor Kini