EA dan Criterion telah berkongsi video tatamain baharu untuk Need for Speed Unbound yang memperlihatkan lebih lanjut mengenai fungsi Meetups dan juga Side Bets.
Di dalam Need for Speed Unbound ini, Meetups akan menjadi tempat utama pemain berkumpul secara dalam talian untuk memperlihatkan kereta mereka, selain itu boleh juga melakukan perlumbaan sendiri untuk mendapat wang.
Need for Speed Unbound akan dilancarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series dan juga PC pada 2 Disember 2022.