Riot Games telah mengumumkan yang bagi kejohanan esukan untuk League of Legends: Wild Rift mereka hanya akan memfokuskan kepada pasukan-pasukan dari Asia sahaja, dengan kejohanan di benua lain akan dibuka kepada pihak ketiga.
Bermula pada tahun 2023, mereka akan memperkenalkan ekosistem kejohanan baharu yang akan menggantikan ekosistem sekarang. Kejohanan ini akan melibatkan 12 pasukan dari China dan 8 pasukan dari negara-negara Asia yang lain.
Musim akan dibahagikan kepada dua setiap tahun dengan pengumuman lanjut mengenainya akan dikongsi pada awal tahun 2023.
Mereka mengatakan keputusan ini dibuat kerana ingin memfokuskan kepada benua yang mempunyai pasaran terbesar di dalam kategori permainan mudah alih.