Ubisoft hari ini telah melancarkan permainan terbaru bagi siri permainan tarian mereka iaitu Just Dance 2023. Ia dikeluarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series dan juga Nintendo Switch.

Just Dance 2023 merupakan permainan pertama bagi siri ini menyertakan fungsi multi-pemain dalam talian untuk PlayStation 5 dan juga Nintendo Switch. Bagi Xbox Series, fungsi ini akan tiba di masa hadapan.

Selain itu, Just Dance 2023 juga akan menyertakan arahan seni dan juga rekaan antaramuka serba baharu untuk memberikan pengalaman yang lebih menarik. Semasa pelancaran ia akan menyertakan 40 lagu baharu seperti “As It Was” oleh Harry Styles, “Magic” oleh Kylie Minogue dan “Numb” oleh Linkin Park.

Sohor Kini