Sony Interactive Entertainment telah mengumumkan penganjuran jualan promosi bersempena dengan “Black Friday” di mana mereka menawarkan potongan harga untuk DualSense, permainan PS5 serta PS4 dan juga langganan PS Plus. Jualan promosi ini telah bermula pada 18 November lepas dan berlangsung sehingga 28 November 2022.
Bagi penawaran untuk alat kawalan DualSense, ia ditawarkan dengan harga RM260 berbanding RM349 untuk harga biasa. Ini adalah untuk satu pilihan warna sahaja.
Bagi senarai permainan yang ditawarkan, ia adalah seperti berikut;
Untuk langganan PS Plus pula, ia menawarkan 25% untuk semua langganan iaitu Essential, Extra dan Deluxe. Bagi yang sudah melanggan, tambahan boleh dilakukan untuk tahap yang sama ataupun lebih tinggi.
Bagi yang inginkan permainan digital, PS Store juga menganjurkan jualan promosi untuk tarikh yagn sama dengan antara permainan yang ditawarkan adalah FIFA 23, NBA 2K23, The Last of Us Part I dan Gran Turismo 7.
Anda boleh layari pautan ini untuk maklumat lanjut.