Selain Activision baru sahaja melancarkan versi baharu untuk Call of Duty: Warzone, mereka juga telah mengumumkan yang versi mudah alih bagi permainan tersebut iaitu Call of Duty: Warzone Mobile telah membuka pra-pendaftaran di iOS dan juga Android di beberapa negara.

Bagi pemain di Malaysia, iOS masih tidak membukannya tetapi ia sudah ditawarkan di Android melalui PlayStore. Anda boleh melakukannya untuk mendapat peringatan apabila ia dilancarkan secara rasmi kelak dan juga membuka fungsi memuat-turun secara automatik.

Call of Duty Warzone Mobile akan menyertakan Call of Duty Mobile yang sudah dikeluarkan untuk beberapa tahun yang lepas. Ia juga menyertai Battlefield Mobile oleh EA yang sudah dikeluarkan untuk Android pada awal bulan ini.

Call of Duty: Warzone Mobile akan dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia akan tiba sebagai permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini