Pada awal tahun 2020 telah Bob Iger telah meletakkan jawatan beliau sebagai CEO Disney yang memperlihatkan Bob Chapek menjadi CEO baharu. Namun, lebih dua tahun selepas memegang jawatan tersebut, Bob Chapek pula meletakkan jawatan dengan Bob Iger kembali sebagai CEO.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Disney, mereka berterima kasih kepada Bob Chapek untuk perkhidmatannya di Disney, termasuk juga sebagai pengerusi untuk Disney Parks, Experiences and Products. Beliau telah bersama dengan syarikat tersebut sejak tahun 1993.
Manakala Bob Iger sebelum ini menjadi CEO bermula pada tahun 2005 sebelum berhenti pada tahun 2020 dan kini akan kembali, buat masa ini tidak dipastikan jika buat jangka masa panjang ataupun sebagai sementara sahaja sebelum CEO baharu dilantik kelak.
Disney juga mengatakan yang syarikat tersebut memasuki era industri yang kompleks dan Bob Iger adalah orang yang bersesuaian dengan keadaan ini.