Skip to main content

2K telah mengumumkan yang Civilization VI akan menerima penambahan di dalam bentuk “Leader Pass” yang akan menyertakan 18 pemimpin baharu untuk digunakan. Leader Pass ini akan dibahagikan kepada 6 Pek yang akan mula dikeluarkan pada 21 November 2022 sehingga Mac 2023.

Berikut adalah pemimpin-pemimpin yang akan tiba untuk setiap pek DLC;

  • Great Negotiators Pack (Pek #1): Abraham Lincoln (Amerika Syarikat), Queen Nzinga Mbande (Kongo), dan Sultan Saladin (Arabia);
  • Great Commanders Pack (Pek #2): Tokugawa (Jepun), Nader Shah (Persia), dan Suleiman the Magnificent (Ottoman Empire);
  • Rulers of China Pack (Pek #3): Yongle, Qin Shi Huang the Unifier, dan Wu Zetian;
  • Rulers of the Sahara Pack (Pek #4): Ramses (Egypt), Ptolemaic Cleopatra (Egypt), King Sundiata Keita (Mali);
  • Great Builders Pack (Pek #5):Theodora (Byzantines), Sejong (Korea), dan Ludwig II (Jerman);
  • Ruler of England Pack (Pek #6): Elizabeth I (England), Varangian Harald Hardrada (Norway), dan Victoria – Age of Steam (England).

Leader Pass ini disertakan secara percuma untuk pemilik Civilization VI Anthology, ia juga boleh didapatkan secara berasingan.

Civilization VI sudah dikeluarkan untuk iOS dan PC.

Leave a Reply