Semasa PlayStation Stars dilancarkan dengan pengguna berpeluang untuk mendapatkan barangan collectible digital, ramai yang risau jika barangan tersebut adalah NFT. Namun, PlayStation menegaskan yang ia bukan NFT dan apabila PlayStation Stars dilancarkan, ia tiada menyertakan sebarang penggunaan NFT atau rantaian blok di dalamnya.
Namun, ini tidak bermakna yang PlayStation tidak berminat mengenai teknologi yang kian menjadi popular di kalangan penerbit permainan video tersebut. Melalui paten yang didaftarkan pada tahun lepas dan dikeluarkan pada bulan ini, mereka sedang mengkaji penggunaan NFT untuk menjejak kandungan digital (dilaporkan oleh VGC).
Antara contoh penggunaan yang diberikan adalah mengumpul kad seseorang atlit seperti Babe Ruth iaitu pemain besbol terkenal. Buat masa ini, PlayStation masih tidak melakukan sebarang pengumuman rasmi, tetapi mungkin ia akan menjadi satu penawaran di masa hadapan.