Pada tahun 2020, kami sudah laporkan yang Disney di dalam perancangan untuk hadir dengan filem Pirates of the Caribbean yang lebih memfokuskan kepada watak wanita. Pelakon utama bagi filem ini adalah Margot Robbie dan akan melibatkan Christina Hodson iaitu penulis untuk Birds of Prey.
Namun, melalui temubual di antara Margot Robbie dan Vanity Fair, Disney nampaknya telah membatalkan projek tersebut.
“Kami mempunyai idea dan membangunkannya untuk seketika, suatu masa dahulu, untuk menjadikan wanita sebagai fokus utama – bukan sepenuhnya tetapi penceritaan yang berbeza – yang kami rasakan sangat menarik. Akan tetapi, mungkin mereka (Disney) tidak inginkannya.” kata Margot Robbie di dalam temubual tersebut.
Sebelum ini, filem ini dikatakan adalah filem kendiri dan bukan filem sambungan ataupun filem sampingan. Ia juga filem berlainan dengan perancangan untuk menghasilkan semula filem Pirates of the Caribbean.