Sejak dilancarkan pada 2 tahun lepas, Call of Duty: Warzone hanya ditawarkan melalui Battle.net sahaja bagi pemain di PC, namun dengan pengenalan Call of Duty: Warzone 2.0 tidak lama lagi, Activision akan membawa permainan tersebut di platform tambahan iaitu Steam.
Call of Duty: Warzone 2.0 akan dilancarkan secara rasmi pada 17 November, tetapi jika anda ingin memasang terlebih dahulu permainan tersebut sebelum pelancaran rasmi, ia sudah boleh dilakukan melalui Battle.net dan juga Steam.
Versi baharu ini menyertakan pelbagai penambahan, antara yang utamanya adalah peta baharu akan digunakan iaitu Al Mazrah. Selain itu, circle juga akan mempunyai dua jenis berbeza iaitu yang biasa dan juga yang mempunyai beberapa circle berbeza di dalam satu sesi permainan.
Call of Duty: Warzone sudah dikeluarkan untuk PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series, Xbox One, dan PC. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.