The Witcher 3: Wild Hunt Untuk PS5, Xbox Series Tiba Disember Ini

CD Projekt Red telah mengumumkan yang The Witcher 3: Wild Hunt untuk konsol generasi terkini akan dikeluarkan pada 14 Disember 2022. Selain PlayStation 5 dan Xbox Series, ia juga akan dikeluarkan untuk PC pada tarikh yang sama.

Versi baharu ini akan menyertakan pelbagai penambah-baikkan ini termasuklah visual, prestasi dan juga teknikal seperti sokongan ray tracing dan juga pemuatan yang lebih pantas di konsol. Mereka juga mengumumkan yang ia akan menerima kandungan berdasarkan siri Netflix, yang juga akan dikeluarkan untuk versi sedia ada.

The Witcher 3: Wild Hunt ini akan ditawarkan bersama dengan kesemua DLC iaitu Hearts of Stone dan Blood and Wine. Selain itu, pemain yang sudah memiliki The Witcher 3: Wild Hunt di PlayStation 4, Xbox One dan juga PC boleh mendapat naik taraf secara percuma.

Sohor Kini