Sony Pictures telah mengumumkan yang penggambaran untuk filem Gran Turismo sudah bermula dan seperti yang diumumkan sebelum ini, filem ini adalah mengenai pemain Gran Turismo yang menjadi pelumba sebenar.

Di dalam pengumuman tersebut, turut diumumkan yang pelumba Jann Mardenborough adalah pelumba yang menjadi fokus utama filem ini. Jann Mardenborough merupakan pelumba kereta dari England. Dia menjadi pelumba profesional selepas memenangi kejohanan GT Academy mengalahkan 90 ribu pelumba lain.

Filem ini akan diarah oleh Neill Blomkamp, lakon layar ditulis oleh Jason Hall dan diterbitkan oleh Asad Qizilbash, Carter Swan, Doug Belgrad dan Dana Brunetti. Filem ini dijangka akan tiba pada 11 Ogos 2023.

Sohor Kini