Mobile Legends: Bang Bang Umum Acara Kolaborasi Dengan Neymar

Setiap minggu ada sahaja permainan video yang melakukan kerjasama dengan pemain bola sepak, terutama dengan demam Piala Dunia yang akan bermula pada hujung bulan ini. Hari ini, ia adalah Mobile Legends: Bang Bang yang mengumumkan acara kolaborasi dengan Neymar iaitu pemain bola sepak untuk PSG dan juga Brazil.

Melalui acara ini, pemain berpeluang untuk mendapatkan pelbagai ganjaran di dalam permainan termasuk juga emote dan jersi Neymar. Antara acara yang disertakan adalah cabutan bertuah ‘Cheer for Neymar’ yang berlangsung pada 19 November, dan pemain sudah boleh mendapat tiket bermula 11 November.

Cara untuk mendapat tiket ini adalah dengan melakukan pelbagai tugasan dengan bermain Classic, Ranked dan juga Brawl Games. Gandaan tiket juga boleh didapatkan pada 3, 10 dan 17 Disember.

Bermula pada 28 November sehingga 19 Disember pemain juga boleh dapatkan hadiah mingguan melalui “Neymar Jr’s Gift”. Antara hadiah yang diberikan adalah kad untuk mencuba kostum, gandaan EXP dan Battle Points dan juga Spawn Effects.

Manakala pada 20 November sehingga 18 Disember terdapat juga “Lucky Flip” dan juga “Halo Striker’s Gift”. Maklumat lanjut mengenai acara-acara ini boleh didapatkan di dalam permainan.

Mobile Legends: Bang Bang sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini