APAC Predator League 2022 hari ini menutup tirai selepas 3 hari perlawanan yang sengit, bagi kejohanan Dota 2, Polaris Esports dari Filipina telah menjadi juara untuk kejohanan ini selepas mengekalkan rekod tanpa kalah dari perlawanan pertama sehinggalah perlawanan di peringkat akhir.
Mereka pada awalnya dikejutkan oleh Execration yang memenangi untuk pusingan pertama, akan tetapi mendominasi untuk dua pusingan yang seterusnya untuk menenangi kejohanan ini, terutama dengan pusingan ketiga Execration tidak langsung dapat melakukan serangan balas.
Selaku juara Polaris Esports membawa pulang $75 ribu, manakala Execration membawa pulang $30 ribu dan GrindSky Esports di tempat ketiga membawa pulang hadiah tunai $15 ribu.
Manakala dua pasukan dari Malaysia iaitu Team SMG dikalahkan oleh Lilgun di Pusingan Ketiga Lower Bracket dan ChubbyBoiz pula dikalahkan oleh pasukan yang mendapat tempat kedua iaitu Execration.