Predator League 2022 – Genius Esports Adalah Juara Untuk Kejohanan PUBG

Selepas kejohanan selama 3 hari, Predator League 2022 untuk permainan PUBG: Battlegrounds menutup tirai dengan Genius Esports berada di tempat pertama untuk tiga hari berturut-turut dan menjadi juara bagi Predator League 2022.

Genius Esports pasukan dari Vietnam mendapat 190 markah, dan untuk hari ketiga mereka mendapat 2 chicken dinner untuk mengukuhkan kedudukan mereka. Secara keseluruhan mereka mnedapat 70 markah untuk kedudukan di setiap pusingan, dan 120 markah dari Kills tertinggi di dalam kejohanan ini.

Mereka membawa pulang $75 ribu sebagai juara, diikuti DWG KIA membawa pulang $30 ribu di tempat kedua dan di tempat ketiga ArkAngel Predator yang membawa pulang $15 ribu.

Dua pasukan Malaysia iaitu SGDv2 bermain dengan sangat cemerlang dengan mendapat dua chicken dinner di dua perlawanan terakhir membantu mereka untuk berada di tempat ke-5 berbanding tempat ke-8 semalam. Manakala VR Universals 4 Rival turun satu kedudukan di tempat ke-11 berbanding ke-10 untuk hari kedua.

Tahniah kami ucapakan kepada semua pemenang.

Kedudukan Hari Ketiga

  1. Genius Esports (Vietnam) – 190 Markah
  2. DWG KIA (Korea Selatan) – 125 Markah
  3. Arkangel Predator (Filipina) – 125 Markah
  4. GNL Esports (Korea Selatan) – 111 Markah
  5. SGDv2 (Malaysia) – 104 Markah
  6. Magic Esports (Thailand) – 101 Markah
  7. New Generation Esports (Vietnam) – 97 Markah
  8. Attack All Around (Thailand) – 97 Markah
  9. Macan Semeru (Indonesia) – 66 Markah
  10. HAVK (India) – 64 Markah
  11. VR Universal 4Rivals (Malaysia) – 56 Markah
  12. Marco Gaming (Hong Kong) – 53 Markah
  13. V3Fox (Jepun) – 50 Markah
  14. Predator ShuTeRong (Taiwan) – 48 Markah
  15. Enter Force.36 (Jepun) – 47 Markah
  16. Rascal Jester (Jepun) – 33 Markah

Sohor Kini