APAC Predator League 2022 (PUBG) – Keputusan Hari Kedua

Asia Pasific Preadator League 2022 kembali sebagai acara fizikal selepas dua tahun dengan penganjuran peringkat akhir di Tokyo, Jepun pada 11 sehingga 13 November ini. Kejohanan ini akan mempertaruhkan hadiah terkumpul sebanyak $400 ribu dan melibatkan dua kejohanan iaitu PUBG: Battlegrounds dan juga Dota 2.

Bagi kejohanan untuk PUBG, 16 pasukan akan bertempur untuk 15 pusingan dengan 5 pusingan akan berlangsung setiap hari bermula hari ini sehingga 13 November 2022. 16 pasukan yang terlibat adalah seperti berikut;

Mewakili Malaysia adalah SGDv2 (sebelum ini dikenali sebagai Team SGD) dan VR Universal 4Rivals (sebelum ini dikenali sebagai Team Setup) yang masing-masing berada di tempat pertama dan kedua ketika pusingan kelayakan.

Seperti hari pertama, hari kedua juga mempunyai lima pusingan yang menggunakan dua peta iaitu Erangle untuk tiga pusingan pertama dan Miramar untuk pusingan selebihnya. Dari segi permakahan mengikut kedudukan adalah seperti berikut;

  • Kedudukan 1 (Chicken Dinner) – 10 Markah
  • Kedudukan 2 – 6 Markah
  • Kedudukan 3 – 5 Markah
  • Kedudukan 4 – 4 Markah
  • Kedudukan 5 – 3 Markah
  • Kedudukan 6 – 2 Markah
  • Kedudukan 7 – 1 Markah
  • Kedudukan 8 – 1 Markah
  • Setiap Kill – 1 Markah

Keputusan hari kedua memperlihatkan Genius Esports terus kekal sebagai pendahulu kejohanan dengan jumlah markah 137. Bagi hari kedua mereka mendapat dua chicken dinner dan mendapat 58 Kills, prestasi yang sangat cemerlang. Di tempat kedua dan ketiga ia diduki oleh DWG KIA dengan 97 markah dan Arkangel Predator dengan 81 Markah.

Dua pasukan Malaysia iaitu SGDv2 memperlihatkan penurunan kedudukan apabila menduduki tempat ke-8 berbanding ke-6 semalam. Di hari kedua, mereka hanya mendapat dua kedudukan bermarkah iaitu tempat ke-6 dan ke-3 dan mendapat 12 Kills. Manakala VR Universal 4Rivals terus kekal di kedudukan ke-10 dengan 43 markah. Bagi hari kedua, mereka mendapat 1 chickend dinner dan 14 Kills.

Kedudukan Hari Kedua

  1. Genius Esports (Vietnam) – 137 Markah
  2. DWG KIA (Korea Selatan) – 97 Markah
  3. Arkangel Predator (Filipina) – 81 Markah
  4. GNL Esports (Korea Selatan) – 76 Markah
  5. Attack All Around (Thailand) – 75 Markah
  6. Magic Esports (Thailand) – 73 Markah
  7. New Generation Esports (Vietnam) – 62 Markah
  8. SGDv2 (Malaysia) – 50 Markah
  9. Macan Semeru (Indonesia) – 49 Markah
  10. VR Universal 4Rivals (Malaysia) – 43 Markah
  11. Marco Gaming (Hong Kong) – 43 Markah
  12. HAVK (India) – 39 Markah
  13. V3Fox (Jepun) – 28 Markah
  14. Predator ShuTeRong (Taiwan) – 27 Markah
  15. Enter Force.36 (Jepun) – 21 Markah
  16. Rascal Jester (Jepun) – 13 Markah

Penstriman Penuh:

Sohor Kini