Studio Ghibli sebelum ini telah mengacahkan yang mereka akan berkerjasama dengan Lucasfilm untuk hadir dengan kandungan bersama. Hari ini, Disney telah mengumumkan kerjasama tersebut adalah untuk filem animasi pendek berdasarkan Star Wars.

Filem tersebut berjudul Zen – Grogu and Dust Bunnies dan memfokuskan kepada Grogu yang juga dikenali sebagai “Baby Yodo” dari siri The Mandalorian.

Anda tidak perlu menunggu lama untuknya kerana Disney juga mengumumkan yang ia akan disiarkan bermula esok di Disney+.

Sohor Kini