Ash Akhirnya Menjadi Juara Dunia Pokemon Selepas 25 Tahun

Pengembaraan Ash untuk menjadi pelatih Pokemon terbaik di dunia bermula pada tahun 1997, bermula daripada itu dia telah melalui pelbagai halangan dan juga membuat ramai rakan di dalam perjalanan. 25 musim, dan 25 tahun kemudian Ash akhirnya menjadi Juara Dunia Pokemon.

Di dalam episod terbaru untuk musim ke-25 bagi siri anime Pokemon, Ash telah memenangi Masters Eight Tournament of the Pokémon World Coronation Series dan ini boleh dikatakan tujuan Ash mengembara sekitar dunia akhirnya tercapai.

Buat masa ini tidak disahkan lagi jika penceritaan Ash akan berakhir di sini, ataupun mereka akan hadir dengan musim tambahan. Namun, untuk sekarang ini, kita sekadar bergembira untuk Ash yang akhirnya berjaya, walaupun ia mengambil masa 25 tahun.

Sohor Kini