APAC Predator League 2022 (Dota 2) – Keputusan Hari Kedua

Asia Pasific Preadator League 2022 kembali sebagai acara fizikal selepas dua tahun dengan penganjuran peringkat akhir di Tokyo, Jepun pada 11 sehingga 13 November ini. Kejohanan ini akan mempertaruhkan hadiah terkumpul sebanyak $400 ribu dan melibatkan dua kejohanan iaitu PUBG: Battlegrounds dan juga Dota 2.

Berikut adalah pasukan-pasukan yang terlibat untuk Dota 2;

Bagi mewakili Malaysia, pasukan yang terlibat adalah ChubbyBoiz (sebelum ini dikenali sebagai Team RSG) yang memenangi pusingan kelayakan bersama dengan Team SMG yang dijemput khas.

Hari kedua memfokuskan kepada perlawanan Lower Bracket iaitu pasukan-pasukan yang tewas pada hari pertama. Di akhir hari ini, Execration memperlihatkan prestasi yang cemerlang apabila menebus kekecewaan kalah kepada TNC Predator semalam untuk mengekalkan rekod tanpa kalah, termasuk juga mengalahkan GridnSky Esports di Pusingan Keenam Lower Bracket untuk ke Peringkat Akhir.

Lawan untuk Execration adalah Polaris Esports yang masih lagi mengekalkan rekod tanpa kalah mereka sendiri dengan mengalahkan GrindSky Esports di Peringkat Separuh Akhir Upper Bracket. Mereka sudah semestinya menjadi pilihan untuk memenangi APAC Predator League 2022 esok.

Manakala dua pasukan dari Malaysia iaitu Team SMG dikalahkan oleh Lilgun di Pusingan Ketiga Lower Bracket dan ChubbyBoiz pula dikalahkan oleh pasukan terbaik hari ini iaitu Execration.

Jadual Penuh Hari Kedua

Separuh Akhir Upper Bracket
P24: GrindSky Esports 0-1 Polaris Esports

Pusingan Pertama Lower Bracket
P7: Reject May 0-1 Lilgun
P8: Yangon Galaticos 0-1 Macan Semeru

Pusingan Kedua Lower Bracket
P13: Execration 1-0 Macan Semeru
P14: Boonz + Goonz 1-0 The Covenant
P15: Revengers 0-1 Lilgun
P16: Team SMG 1-0 LaHee

Pusingan Ketiga Lower Bracket
P17: Execration 1-0 Boonz + Goonz
P18: Lilgun 1-0 Team SMG

Pusingan Empat Lower Bracket
P21: TNC Predator 1-0 Lilgun
P22: ChubbyBoiz 0-1 Execration

Pusingan Lima Lower Bracket
P23: TNC Predator 0-1 Execration

Pusingan Enam Lower Bracket
P25: GrindSky Esports 0-1 Execration
*pemenang akan ke Peringkat Akhir

Penstriman Penuh:

Sohor Kini