Bermula pada 9 November yang lepas, mod Piala Dunia untuk FIFA 23 sudah tiba di mana pemain boleh ‘melalui’ sendiri pengalaman kejohanan terbesar bola sepak tersebut menggunakan mana-mana pasukan kegemaran, termasuk juga yang tidak layak seperti Itali.

Demam Piala Dunia lebih hangat pada hari ini dengan pelancaran kandungan baharu untuk FIFA Ultimate Team (FUT) yang merupakan mod utama di dalam permainan ini. Seperti diumumkan sebelum ini, bermula pada 12 November sehingga 23 Disember pemain boleh mula mendapatkan pemain/kad khas Piala Dunia di dalam FUT.

Antara daripada kad tersebut adalah Path to Glory yang merupakan kad pemain istimewa yang akan bertambah kebolehan bergantung kepada prestasi negara mereka di dalam Piala Dunia. Kad-kad ini bersama dengan 30 kad Hero khusus untuk Piala Dunia boleh didapatkan di dalam pek ataupun dibeli di dalam pasaran FUT.

Selain daripada itu, pemain juga berpeluang untuk mendapatkan Pek “FIFA World Cup History Makers” yang akan menyertakan dua pemain penting sesebuah negara, pemain legenda dan juga pemain baharu. Bagi mendapatkannya pemain hanya perlu log masuk dari sekarang sehingga 3 Januari 2023. Berikut adalah pilihan pemain yang akan disertakan di dalam pek tersebut yang akan diberikan selepas 23 Disember 2022;

  • Zinedine Zidane dan Kylian Mbappé – Perancis
  • Robin van Persie dan Virgil van Dijk – Belanda
  • Diego Forlán dan Federico Valverde – Uruguay
  • Luís Figo dan João Félix – Portugal
  • David Beckham dan Jude Bellingham – England
  • Rudi Voller dan Kai Havertz – Jerman
  • Clint Dempsey dan Christian Pulisic – US
  • Xabi Alonso dan Pedri – Spain
  • Hidetoshi Nakata dan Wataru Endo – Jepun
  • Michael Essien dan Jordan Ayew – Ghana
  • Rafael Márquez dan Raúl Jiménez – Mexico
  • Saeed Al Owairan dan Salem Al Dawsari – Arab Saudi

Pemain legenda akan diberikan sebagai kad pinjaman untuk 7 pemain, manakala pemain terkini adalah kad istimewa yang akan menerima penambahan stat pada bulan Januari dan juga Februari.

Anda juga boleh dapatkan FIFA World Cup Player Item untuk FUT dengan melakukan ramalan bagi kejohanan Piala Dunia di pautan ini sebelum 19 November 2022. Pastikan anda log masuk akaun FIFA terlebih dahulu.

EA juga telah mempekenalkan lebih 12 muka depan baharu khusus untuk Piala Dunia dipekenalkan bagi permainan versi digital.

FIFA 23 sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Nintendo Switch dan PC. Kami juga telah mengeluarkan ulasan untuk FIFA 23 dan anda boleh baca di pautan berikut; Ulasan FIFA 23 – Beralih Ke Generasi Baharu.

Sohor Kini