Krafton ketika pengumuman prestasi kewangan mereka telah mengumumkan yang mereka akan mengambil alih Neon Giant dan juga membuka studio baharu di Kanada.
Selain itu, mereka juga mengumumkan yang walaupun pendapatan menurun iaitu 433.8 bilion KRW (RM1.52 bilion) untuk tiga bulan yang lepas, akan tetapi keuntungan meningkat iaitu 226.4 bilion KRW (RM790 juta).
Daripada jumlah tersebut, PUBG Mobile adalah penyumbang tertinggi iaitu 65% ataupun 282.4 bilion KRW dan 131.1 bilion KRW untuk PUBG: Battlegrounds di PC. Jumlah pendapatan untuk versi konsol tidak diumumkan tetapi dikatakan meningkat.
Bagi meningkatkan lagi penerimaan untuk PUBG Mobile, mereka mengatakan ingin memperluaskan lagi penawaran PUBG Mobile yang khusus untuk peranti berkuasa rendah.
Sumber: Game Industry