Krafton Bakal Mengambil-Alih Neon Giant, Pembangun The Ascent

Krafton hari ini melalui pengumuman prestasi kewangan mereka telah mengumumkan yang mereka di dalam proses untuk mengambil-alih Neon Giant yang melancarkan permainan sulung mereka pada tahun lepas iaitu The Ascent.

Buat masa ini, maklumat lanjut mengenainya masih tidak dikongsi termasuk juga kos pengambil-alihan ini.

Selain itu, mereka juga mengumumkan akan membuka studio baharu di Kanada yang akan membangunkan The Bird That Drinks Tears iaitu permainan berdasarkan novel fantasy mengenai mitos Korea, penulisan Lee Yeongdo.

Krafton terkenal sebagai syarikat induk untuk PUBG Corporation pembangun dan juga penerbit PUBG: Battlegrounds dan PUBG: New State.

Sohor Kini