Remedy Entertainment hari ini telah mengumumkan yang mereka telah bersetuju untuk menjadikan 505 Games sebagai penerbit bagi Control 2 yang sedang dibangunakan dengan nama projek ‘Codename Heron’.
Berdasarkan perjanjian ini, Remedy Entertainment masih lagi akan sepenuhnya memegang hak IP Control, dengan kos pembangunan, pemasaran, dan juga pelaburan untuk kandungan pasca-pelancaran akan dibahagi sama rata di antara 505 Games dan Remedy. Bajet awal untuk pembangunan Control 2 adalah bernilai EUR 50 juta (~RM238 juta).
Control 2 akan dikeluarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC. Ia akan dibangunkan menggunakan enjin Remedy sendiri iaitu Northlight. Remedy akan menerbitkan permainan tersebut di PC dan 505 di konsol.
Buat masa ini, pembangunan adalah di peringkat konsep.